Urus KOL penuh · untuk bisnes di Malaysia

Anda fokus jual. KOL, biar kami yang urus.

Semua orang cakap pasal KOL. Tapi siapa nak cari creator yang sesuai, tulis brief, kejar draf, pantau produk dan kumpul laporan untuk 10, 25 atau 50 orang?

Creamatch urus semuanya, dari cari creator sampai laporan akhir. Bahagian anda ringkas:

  1. Sahkan creator
  2. Hantar produk (kalau ada)
  3. Approve video
  4. Baca laporan

Pakej dari RM1,990 (sebelum SST 8%), atau bina campuran ikut bajet anda.

Brief hari ini. Video minggu depan.*

*Tertakluk pada terma dan syarat. Anggaran masa dikira selepas bayaran penuh diterima, brief diluluskan dan produk (jika ada) sampai kepada creator; bergantung pada ketersediaan creator dan semakan draf.

  • 2,600+ video dihasilkan oleh creator Creamatch
  • 2,000+ creator Malaysia diluluskan
  • 27 campaign siap dihantar
  • Tiada yuran platform berasingan
Contoh ilustrasi.

Kenapa semua orang cakap pasal KOL

Orang skip iklan. Orang dengar orang.

Pelanggan anda makin pandai skip iklan. Tapi bila orang yang mereka ikut bercerita pasal satu produk, mereka berhenti dan dengar.

  • 88%orang paling percaya cadangan daripada orang yang mereka kenal, lebih daripada saluran lain.Nielsen, kajian global 2021
  • 3 daripada 4rakyat Malaysia yang ditinjau pernah membeli kerana cadangan influencer.impact.com & Cube Asia, 2024
  • 30.7 jutaidentiti pengguna media sosial di Malaysia.DataReportal, Digital 2026

Pelanggan anda dah ada di sana. Soalnya: siapa yang sedang bercakap pasal brand anda?

Apa itu KOL?

KOL ialah orang yang pengikutnya dengar cakap dia.

Bila dia bercerita pasal produk anda di akaun sendiri, pengikutnya dengar macam cadangan kawan, bukan iklan.

  • Percaya

    Nano

    1K–10K pengikut

    Dekat dengan audiens. Ramai yang komen dan bertanya.

  • Niche

    Mikro

    10K–30K pengikut

    Ada niche sendiri, contohnya makanan, kecantikan, kereta atau keluarga.

  • Capaian

    Mid

    30K–100K pengikut

    Capaian lebih luas.

  • Perhatian

    Makro

    100K+ pengikut

    Perhatian besar dalam satu video.

Setiap saiz ada kerjanya. Kuncinya: campuran yang betul.

Istilah ringkas

Seeding
Ramai suara kecil bercerita pasal brand anda dalam tempoh yang sama.
Ads code
Kebenaran daripada creator supaya anda boleh boost video dia sebagai iklan dari akaun anda.

Dari duit ke jualan

Dari RM yang anda bayar, sampai orang beli.

Creamatch urusLangkah 1–4

  1. Anda bayar

    Bayaran penuh sekali, selepas anda setuju dengan pakej bersama team kami.

  2. Kami padankan

    Kami padankan creator yang pengikutnya ialah pelanggan anda.

  3. Creator post

    Creator buat video dan post di akaun mereka sendiri.

  4. Orang nampak

    Orang baru nampak brand anda.

    Exposure

Bersama andaLangkah 5–6

  1. Orang percaya

    Mereka nampak orang sebenar guna produk anda dan baca komen orang lain.

    Kepercayaan
  2. Orang beli

    Mereka cari nama brand anda, bertanya, dan membeli.

    Jualan

Langkah 1 hingga 4, kami urus sepenuhnya. Langkah 5 dan 6 juga bergantung pada produk, harga dan tawaran anda. Sebab itu kami bantu anda susun brief dan tawaran yang jelas sebelum creator mula.

Macam mana KOL naikkan jualan

4 cara KOL bantu naikkan jualan anda.

  • Lebih ramai nampak

    Setiap creator bawa audiens baru yang belum kenal anda.

  • Lebih ramai percaya

    Komen dan soalan daripada orang sebenar jadi bukti sosial.

  • Lebih ramai ingat

    Nama anda disebut oleh ramai orang, bukan muncul dalam satu iklan sahaja.

  • Bahan untuk menjual

    Video creator boleh anda boost sebagai iklan (dengan ads code) dan guna semula.

Data campaign Creamatch

Kadar engagement median, ikut saiz creator

  • Nano6.9%
  • Mikro4.0%
  • Mid1.8%

Engagement median, campaign Creamatch (TikTok & Instagram)

Akaun lebih kecil, ruang komen lebih hidup.

Strategi brand besar

Brand besar tak bergantung pada satu artis. Mereka bina skuad.

Berita awam, 2025 · bukan client Creamatch

Menurut berita pada 2025, CEO Unilever mengumumkan:

lebih ramai influencer untuk bekerjasama
20×
belanja media sosial dinaikkan
30% kepada 50%
“Hari ini, orang memang curiga dengan brand. Sebab itu penting untuk bina sistem di mana orang lain yang bercakap untuk brand anda.”

CEO Unilever (terjemahan bebas) · FoodIngredientsFirst / The Drum, 2025

Bukan mereka sahaja.

Dalam satu kajian brand di seluruh dunia pada 2026, lebih separuh merancang untuk menambah penggunaan creator nano dan mikro.

Influencer Marketing Hub, 2026

Formula mereka

3 lapis suara

  1. 1 · Headliner1 hingga 3 KOL besar untuk perhatian.
  2. 2 · SkuadRamai KOL kecil untuk kepercayaan dan banyak video.
  3. 3 · PerbualanPuluhan suara di Threads supaya orang terus bercakap.

Boost yang menangKemudian, video yang paling menjadi di-boost dengan bajet iklan.

Bisnes anda boleh guna formula yang sama, ikut bajet anda.

Nak formula ni untuk bisnes anda?Kami lakarkan, percuma

Bajet sama, hasil berbeza

Bajet sekitar RM2,000–3,000: 1 KOL besar, atau 12 KOL kecil?

Dengan bajet yang hampir sama, hasilnya sangat berbeza.

Bajet anda

RM2,000–3,000

Contoh perbandingan. Gerakkan slider untuk cuba bajet anda.

ANGGARAN
RM1,000RM15,000
  • 1 KOL makro

    RM2,490
    Video
    1
    Anggaran paparan
    12K–20K
    Anggaran engagement
    ~180

    Risiko kalau satu video tak menjadi100%

    Kalau video itu tak menjadi, seluruh bajet habis di situ.

  • 3 KOL mid

    RM2,097
    Video
    3
    Anggaran paparan
    15.6K–51K
    Anggaran engagement
    ~280

    Risiko kalau satu video tak menjadi33%

    Anggaran kos capaian paling rendah.

  • 12 KOL nano + mikro

    RM1,990
    Pakej Cuba Dulu

    12 wajah sebenar, 12 cara bercerita.

    Video
    12
    Anggaran paparan
    2.8K–6.5K
    Anggaran engagement
    ~170

    Risiko kalau satu video tak menjadi8%

    Paling kuat untuk kepercayaan dan bahan iklan.

  • 20 KOL nano

    RM2,980
    Video
    20
    Anggaran paparan
    4K–7K
    Anggaran engagement
    ~276

    Risiko kalau satu video tak menjadi5%

    Kalau satu tak menjadi, hanya 5% bajet terjejas.

Kesimpulannya

KOL mid untuk capaian. Nano dan mikro untuk kepercayaan dan banyak video. Brand besar gabungkan kedua-duanya, kemudian boost video yang menang.

Semua angka paparan ialah anggaran berdasarkan paparan median dan kuartil atas creator Creamatch (campaign lepas dan posting biasa creator), bukan janji. Harga sebelum SST 8%. Kiraan guna harga seorang KOL: nano RM149 · mikro (10K–30K) RM319 · mid RM699 · makro RM2,490.

Tak pasti campuran mana sesuai?

Dapatkan pelan KOL percuma

Bisnes berkembang

Bukan sekali viral. Satu enjin untuk bisnes anda berkembang.

Perpustakaan video anda

  1. Bulan 1

    Uji

    Beberapa creator, beberapa cara bercerita. Lihat mana yang orang respon.

  2. Bulan 2

    Gandakan

    Boost video yang paling menjadi dengan ads code. Tambah creator dalam niche yang sama.

  3. Bulan 3 dan seterusnya

    Jadikan rutin

    Setiap bulan ada wajah baru bercakap pasal anda, dan anda kumpul perpustakaan video untuk iklan, page dan kedai online.

Matlamatnya: lebih ramai kenal, lebih banyak bahan untuk menjual, dan data tentang apa yang betul-betul menjual.

Nak ulang setiap bulan? Kami sediakan salinan campaign untuk anda sahkan dan bayar. Tiada caj automatik.

Apa anda dapat

Apa bisnes anda dapat daripada Creamatch.

  • Exposure

    Creator dalam niche anda bawa audiens baru setiap campaign.

  • Kepercayaan

    Video dan komen daripada orang Malaysia sebenar, bukan model iklan.

  • Jualan

    Kami bantu letak tawaran, link dan sebab untuk membeli dalam brief, supaya orang senang bertindak.

  • Kandungan

    Video yang boleh anda boost sebagai iklan dengan ads code (termasuk dalam Pakej KOL; untuk campuran sendiri, boleh ditambah).

  • Data

    Laporan tunjuk creator dan posting mana yang paling berkesan, supaya campaign seterusnya lebih tepat.

Di belakang semua ini: 2,000+ creator Malaysia yang telah diluluskan, dengan 85 juta+ pengikut gabungan di akaun mereka sendiri.

Apa maksud “urus KOL”

8 kerja yang selalu makan masa anda. Semuanya kami ambil.

Creamatch8 kerja, kami yang buat

  1. 1. Cari creator

    Kami tapis dan beri skor padanan dengan brief anda.

  2. 2. Brief

    Creator mesti lulus kuiz brief sebelum menghantar kerja.

  3. 3. Skrip

    Kami pantau. Yang tak ikut brief, kami pulangkan kepada creator.

  4. 4. Pantau produk

    Anda poskan produk, kami pantau setiap bungkusan dengan nombor tracking dan kejar yang belum sampai.

  5. 5. Kejar draf

    Peringatan automatik. Kalau creator senyap, kami cadangkan pengganti.

  6. 6. Semakan

    Semakan dan pembetulan sampai video ikut brief.

  7. 7. Posting live

    Kejar posting live dan link setiap video (serta ads code, bila termasuk).

  8. 8. Laporan

    Laporan dengan angka dari platform, bukan screenshot.

AndaBahagian anda

  1. Sahkan creator
  2. Hantar produk (kalau ada)
  3. Approve video
  4. Baca laporan

Bezanya

Urus sendiri

  • DM creator satu-satu
  • Kejar draf dalam group WhatsApp
  • Produk dihantar, video tak sampai
  • Kumpul screenshot untuk bos

Dengan Creamatch

  • Shortlist creator siap
  • Team kami kejar semua
  • Setiap bungkusan dipantau
  • Laporan siap, angka dari platform

4 langkah

Cara ia berfungsi. Semudah order makanan.

  1. Isi borang atau WhatsApp

    Beritahu kami produk, matlamat dan bajet anda melalui borang ringkas atau WhatsApp. Percuma, tak perlu akaun.

  2. Team kami hubungi anda

    Kami faham bisnes anda dulu, kemudian cadangkan pelan KOL yang sesuai dengan matlamat dan bajet anda.

  3. Pilih pakej, bayar penuh

    Pilih pakej bersama team kami. Bayaran penuh sekali, selepas anda setuju. Tiada yuran platform berasingan.

  4. Campaign bermula

    Anda sahkan creator, kami kejar semuanya. Anda approve video dan terima laporan di hujung campaign.

Contoh ilustrasi.

Jadual sebenar kami sahkan bersama anda selepas brief, ikut produk dan ketersediaan creator.

Ada creator yang anda suka? Beritahu kami. Kami cuba jemput dia dulu, dan cadangkan pilihan lain kalau dia tak available.

Laporan

Di hujung campaign: laporan yang senang faham.

Paparan, engagement, kos setiap 1,000 paparan, 3 posting terbaik dan link setiap video. Siap dalam PDF untuk dikongsi dengan partner atau team anda.

  • Paparan
  • Engagement
  • Kos setiap 1,000 paparan
  • Top 3 posting

Semua angka diambil terus dari platform, bukan screenshot.

Contoh ilustrasi. Nama dan angka rekaan.

Hasil sebenar

Campaign yang dah siap. Angka sebenar, tanpa nama.

2,600+video dihasilkan oleh creator Creamatch
27campaign siap dihantar
110+video campaign diluluskan
602K+paparan diukur dari platform (campaign yang dah siap)

Hasil campaign lepas, bukan jaminan. Tanpa nama brand atau creator. Lihat semua kajian kes

Harga

Berapa kosnya? Dua cara untuk mula.

Pakej harga tetapPaling senang

Pakej Cuba Dulu

RM1,99012 KOL

Sebelum SST 8% · RM2,149.20 termasuk SST 8%

  • 10 nano + 2 mikro, diurus penuh
  • Bonus kongsi semula di IG Reels atau Facebook
  • Ads code 30 hari

Bina campuran sendiri

Harga seorang KOL: diurus penuh, 1 video di akaun creator, tanpa bonus.

  • Nano1K–10KRM149 / KOL
    0
  • Mikro10K–30KRM319 / KOL
    0
  • Mid30K–100KRM699 / KOL
    0
  • Makro100K+RM2,490 / KOL
    0

Anggaran ikut senarai harga seorang KOL; harga akhir disahkan oleh team kami. Minimum tempahan RM1,990.

Anggaran · 0 KOL · sebelum SSTRM0
Anggaran · termasuk SST 8%RM0

Pakej sentiasa lebih jimat daripada jumlah harga seorang-seorang.

Bayaran penuh sekali, selepas anda setuju dengan pakej bersama team kami. Tiada yuran platform berasingan. Harga sebelum SST 8%.

Nak ramai orang bercakap di Threads juga?Threaders, dari RM3,500 untuk 100 posting.Lihat Threaders

Risiko rendah

Campaign pertama anda dilindungi jaminan.

Jaminan campaign pertama

Jika anda tidak meluluskan video seorang creator, kami gantikan creator itu secara percuma (satu penggantian percuma bagi setiap slot creator). Jika video creator pengganti juga tidak diluluskan, anda boleh meminta refund bahagian creator itu, tanpa caj pemprosesan.

Untuk campaign Creamatch pertama yang dibayar oleh akaun anda. Harga kekal sama.
Cara jaminan ini berfungsi
  • Meliputi campaign pertama yang dibayar oleh akaun anda di Creamatch. Campaign client agensi dan campaign Creamatch sendiri tidak termasuk.
  • Satu penggantian percuma bagi setiap slot creator: jika anda memutuskan untuk tidak meluluskan video seorang creator, beritahu kami dan team kami akan menggantikan slot itu dengan creator lain tanpa kos tambahan.
  • Meminta creator membuat perubahan ialah sebahagian daripada semakan biasa dan tidak menggunakan penggantian ini.
  • Jika video creator pengganti juga tidak diluluskan, anda boleh meminta refund bahagian creator itu tanpa caj pemprosesan. Gunakan Cancel & refund di halaman campaign.
  • Buat permintaan dalam masa 14 hari selepas campaign anda dihantar.
  • Refund tidak pernah automatik: team kewangan kami menyemak setiap permintaan dan memulangkan jumlah yang diluluskan ke kaedah bayaran asal anda.
  • Jaminan ini tidak mengubah sebarang harga, dan kos yang telah dibelanjakan bagi pihak anda (produk yang dihantar, perjalanan onsite yang ditempah) mengikut polisi biasa.

Cara bayar

100%Bayaran penuh sekali

  1. Setuju pakej bersama team kami
  2. Bayar penuh
  3. Campaign bermula

Bayaran penuh sekali, selepas anda setuju dengan pakej bersama team kami. Tiada yuran platform berasingan.

Harga sebelum SST 8%. SST dipaparkan berasingan.

Soalan biasa pemilik bisnes

Berapa kosnya?

Ikut bilangan dan saiz creator. Pakej dari RM1,990 (sebelum SST 8%), atau bina campuran sendiri. Anda nampak harga penuh sebelum membayar.

Bila saya bayar?

Bayaran penuh sekali, selepas anda setuju dengan pakej bersama team kami. Tiada yuran platform berasingan. Selepas bayaran diterima, campaign bermula.

Boleh saya pilih creator?

Ya, anda sahkan lineup. Nak creator tertentu? Kami cuba jemput dia, tapi tak dijamin.

Kalau saya tak suka video?

Minta pembetulan; itu sebahagian semakan biasa. Jaminan campaign pertama juga terpakai untuk campaign Creamatch pertama yang dibayar oleh akaun anda.

Boleh jamin naik sales?

Jujurnya, tiada siapa boleh jamin. Yang kami pastikan: creator yang sesuai, kerja yang dikejar sampai siap, dan angka sebenar dalam laporan.

Berapa lama?

Ikut brief, produk dan ketersediaan creator. Kami sahkan jadual bersama anda sebelum mula.

Perlu hantar produk?

Ya, kalau creator perlu cuba produk anda. Anda yang hantar; kami pantau setiap tracking.

Saya agensi, boleh guna?

Boleh. Satu akaun, folder untuk setiap client dan login untuk team anda.

Langkah seterusnya

Ceritakan bisnes anda. Kami cadangkan pelan KOL, percuma.

Tak perlu akaun untuk berbincang.

Bayaran penuh sekali, selepas anda setuju dengan pakej bersama team kami. Tiada yuran platform berasingan. Harga sebelum SST 8%.

  1. Isi borang atau WhatsApp
  2. Team kami hubungi anda
  3. Pilih pakej bersama
  4. Bayar penuh
  5. Campaign bermula

Influencer marketing tidak menjamin jualan atau viral. Yang kami pastikan: creator yang sesuai, kerja yang dikejar, dan laporan yang jujur.

Dapatkan pelan KOLWhatsApp